Cari

Jumaat, Disember 28, 2012

Nabi Ibrahim dan Bapanya

Azar, begitulah nama bapa Nabi Ibrahim. Juga seorang yang dengan asyik menyembah batu batu patung, bahkan orang yang membuat patung patung itu dan menjualnya untuk disembah manusia yang membelinya.
Ibrahim tahu, bahawa bapanyalah manusia yang paling dekat kepadanya. Sebab itu bapanya sendiri itulah yang harus pertama kali ditunjuki dan dihindarkannya dari kesesatan, diberi nasihat sepanjang apa yang diajarkan Allah kepadanya.
Terhadap bapanya itu, Nabi Ibrahim sangat hati hati, sebagai penasihat, tetapi pula sebagai anak, Nabi Ibrahim sekali kali tidaklah menghina atau merendahkan akan apa apa yang disembah bapanya itu. Di aturlah oleh Ibrahim kata kata dengan susunan yang paling baik dan menarik hati, dikeluarkan kalimat demi kalimat yang sudah diaturnya itu dengan suara yang lunak, berlemah lembut, bersopan santun, dengan cara yang penuh hormat sekali kepada orang tuanya sendiri.
Mula mula sekali disebutkannya bahawa dia sendiri adalah anak dari bapanya itu sendiri. Kemudian mulai Ibrahim bertanya pertimbangan dan alasan alasan apakah yang menyebabkan bapanya menyembah batu patung itu. Akhirnya dengan cara yang halus, dinyatakannya kepada bapanya, bahawa dia mendapat ilmu dan wahyu dari Allah, mendapatkan keterangan keterangan yang tidak didapat oleh bapanya sendiri.
Dengan hormat dan khidmat, budi dan sopan, tutur demi tutur kata yang teratur, Ibrahim mengajak bapanya sendiri untuk percaya kepadanya, untuk sama sama mengenal Allah bersama dia, kemudian agar menyembah Allah dan meninggalkan batu patung yang tak mendatangkan sesuatu apapun itu.



Tetapi bagaimana juga dicuba oleh Ibrahim untuk menarik hati bapanya, sia sia belaka. Bapanya bukan bertambah insaf dan dekat dengan pendiriannya, malah bertambah sesat dan jauh dari yang dicita citakan Ibrahim sendiri. Akhirnya bapanya berkata: Apakah engkau benci kepada tuhanku, hai Ibrahim? Kalau engkau tidak kembali dari tindakan engkau itu engkau akan saya lontar dengan batu, akan saya hancurkan badanmu itu. Engkau akan tahu sendiri bagaimana jadinya kalau saya sudah marah. Sebelum saya marah, lebih baik engkau pergi saja, tidak ada tempat lagi buatmu di rumahku ini, dan tidak ada pula tempat bagimu dalam hatiku.



Semua sanggahan dan bantahan bapanya itu, disambut oleh Ibrahim dengan dada yang lapang, ketenangan hati, ketetapan jiwa. Kepada Ibrahim tidak dibolehkan oleh Allah bertindak lebih jauh selain menjawab semua itu dengan apa yang diwahyukan Tuhannya: Salamku dan selamat tinggal kepada bapa, saya mohon ampunan Tuhan bagi bapa, kerana bapaku harus kuhormat, dan aku mohonkan ampun bagimu hai kaumku atas apa yang kamu sembah selain Allah, dan aku berdoa kepada Tuhanku, mudah mudahan Tuhan tidak menjadikan doaku ini pangkal kesengsaraan.
Nabi Ibrahim berangkat dan pergi dengan sedih memukul hatinya, kerana anjurannya tidak dapat disambut dengan telinga terbuka oleh bapanya sendiri. Dia mengasingkan diri dari bapanya, agar jangan ikut serta menyaksikan kesesatan dan kesyirikan itu.

Tiada ulasan: