Cari

Jumaat, Disember 28, 2012

Nabi Ibrahim dan Bapanya

Azar, begitulah nama bapa Nabi Ibrahim. Juga seorang yang dengan asyik menyembah batu batu patung, bahkan orang yang membuat patung patung itu dan menjualnya untuk disembah manusia yang membelinya.
Ibrahim tahu, bahawa bapanyalah manusia yang paling dekat kepadanya. Sebab itu bapanya sendiri itulah yang harus pertama kali ditunjuki dan dihindarkannya dari kesesatan, diberi nasihat sepanjang apa yang diajarkan Allah kepadanya.
Terhadap bapanya itu, Nabi Ibrahim sangat hati hati, sebagai penasihat, tetapi pula sebagai anak, Nabi Ibrahim sekali kali tidaklah menghina atau merendahkan akan apa apa yang disembah bapanya itu. Di aturlah oleh Ibrahim kata kata dengan susunan yang paling baik dan menarik hati, dikeluarkan kalimat demi kalimat yang sudah diaturnya itu dengan suara yang lunak, berlemah lembut, bersopan santun, dengan cara yang penuh hormat sekali kepada orang tuanya sendiri.
Mula mula sekali disebutkannya bahawa dia sendiri adalah anak dari bapanya itu sendiri. Kemudian mulai Ibrahim bertanya pertimbangan dan alasan alasan apakah yang menyebabkan bapanya menyembah batu patung itu. Akhirnya dengan cara yang halus, dinyatakannya kepada bapanya, bahawa dia mendapat ilmu dan wahyu dari Allah, mendapatkan keterangan keterangan yang tidak didapat oleh bapanya sendiri.
Dengan hormat dan khidmat, budi dan sopan, tutur demi tutur kata yang teratur, Ibrahim mengajak bapanya sendiri untuk percaya kepadanya, untuk sama sama mengenal Allah bersama dia, kemudian agar menyembah Allah dan meninggalkan batu patung yang tak mendatangkan sesuatu apapun itu.

Tetapi bagaimana juga dicuba oleh Ibrahim untuk menarik hati bapanya, sia sia belaka. Bapanya bukan bertambah insaf dan dekat dengan pendiriannya, malah bertambah sesat dan jauh dari yang dicita citakan Ibrahim sendiri. Akhirnya bapanya berkata: Apakah engkau benci kepada tuhanku, hai Ibrahim? Kalau engkau tidak kembali dari tindakan engkau itu engkau akan saya lontar dengan batu, akan saya hancurkan badanmu itu. Engkau akan tahu sendiri bagaimana jadinya kalau saya sudah marah. Sebelum saya marah, lebih baik engkau pergi saja, tidak ada tempat lagi buatmu di rumahku ini, dan tidak ada pula tempat bagimu dalam hatiku.

Semua sanggahan dan bantahan bapanya itu, disambut oleh Ibrahim dengan dada yang lapang, ketenangan hati, ketetapan jiwa. Kepada Ibrahim tidak dibolehkan oleh Allah bertindak lebih jauh selain menjawab semua itu dengan apa yang diwahyukan Tuhannya: Salamku dan selamat tinggal kepada bapa, saya mohon ampunan Tuhan bagi bapa, kerana bapaku harus kuhormat, dan aku mohonkan ampun bagimu hai kaumku atas apa yang kamu sembah selain Allah, dan aku berdoa kepada Tuhanku, mudah mudahan Tuhan tidak menjadikan doaku ini pangkal kesengsaraan.
Nabi Ibrahim berangkat dan pergi dengan sedih memukul hatinya, kerana anjurannya tidak dapat disambut dengan telinga terbuka oleh bapanya sendiri. Dia mengasingkan diri dari bapanya, agar jangan ikut serta menyaksikan kesesatan dan kesyirikan itu.

Sabtu, Disember 22, 2012

Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail

 Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau dantang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?." Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu" Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut". Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang malaikan mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyata Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.

Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."

Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam." Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".

Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, ratai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah," maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.

Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.

Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya kedalam syurga," maka Nabi Idris masuk kesyurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris, keluarlah engaku dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah SWT telah berfirman "Tiap-tiap orang misti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah SWT berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki nerakan dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).

"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."

Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."

PENAFIAN: Koleksi cerita yang terdapat di dalam blog ini diambil daripada pelbagai sumber dan rujukan seperti buku , internet, akhbar dan majalah. Semoga ianya memberi manfaat dan teladan yang baik kepada semua pembaca. Komen daripada pembaca diperlukan untuk penambahbaikan blog ini. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerugian atau apa-apa kerosakan akibat daripada penggunaan bahan yang terdapat di dalam blog ini.

Malaikat Jibrail

Malaikat Jibrail adalah salah satu dari para malaikat yang cantik, besar, kuat dan mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah SWT Ia ditugaskan sebagai penyampai wahyu kepada para rasul AS. Imam Ahmad RAH dengan sanadnya dari Ibn Mas'ud RA Rasulullah SAW bersabda: "Aku melihat Jibrail di Sidratul Muntaha, dia mempunyai 600 sayap".Setelah Allah SWT mencipta Jibrail dengan bentuk yang cantik, Allah SWT mencipta pula baginya 600 sayap yang panjangnya antara timur dan barat. Dari sayapnya berjatuhan permata dan yakut yang berwarna warni. Di antara sayap-sayap itu, terdapat 2 sayap berwarna hijau seperti sayap burung merak. Setelah Jibrail memandang dirinya, ia berkata: "Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik dari aku?". Allah SWT berfirman: "Tidak". Kemudian Jibrail berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukur pada Allah SWT, dan tiap-tiap rakaat lamanya 20,000 tahun. Setalah Jibrail selesai bersolat, Allah SWT pun berfirman: "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak seorangpun yang menyembah Aku seperti kamu. Akan tetapi, di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, nama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka mengerjakan solat 2 rakaat yang hanya sebentar sahaja, mereka dalam keadaan lupa dan serba kurang. Fikiran mereka melayang dan bermacam-macam dan dosa merekapun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai dari solat kamu kerana mereka mengerja solat atas perintahKu sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan pada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?" Lalu Allah SWT berfirman: "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal"Malaikat Jibrail mampu terbang dalam keadaan yang sangat pantas. Seperti kalau ada orang bertanyakan sesuatu kemusykilan agama kepada Rasulullah SAW, belumpun selesai pertanyaan itu, malaikat Jibrail telah pun sampai dengan jawapan berupa wahyu dari Allah SWT padahal jarak antara setiap lapisan langit adalah sejauh 500 tahun perjalanan.Di sebelah kanan sayap malaikat Jibrail terdapat gambar syurga beserta dengan isinya saperti bidadari, istana, pelayan dan sebagainya. Di sebelah kiri sayapnya terdapat gambar neraka dan segala isinya seperti ular, kala jengking, neraka yang bertingkat-tingkat, penjaganya yang terdiri dari malaikat yang garang iaitu malaikat Zabaniah dan sebagainya. Apabila sampai ajal seseorang yang beriman maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang sedang nazak itu dapat melihat kedudukannya di dalam syurga. Apabila sampai ajal seseorang yang seorang yang munafik maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kiri, maka orang yang sedang nazak itu akan melihat kedudukannya di dalam neraka.Ketika Allah SWT memerintahkan malaikat Jibrail turun untuk memusnahkan kaum nabi Lut AS, dikatakan malaikat Jibrail mampu mengangkat kesemua 7 bandar yang didiami oleh 400,000 orang, haiwan, rumah serta bangunan dan kesemuanya hanya dengan menggunakan hujung satu sayapnya sahaja, lalu diangkat hingga ke permukaan langit, sehinggalah para malaikat yang berada di langit dapat mendengar bunyi kokokan ayam dan lolongan anjing yang turut berada dalam bandar-bandar tersebut. Kemudian malaikat Jibrail membalikkan bandar-bandar tersebut hingga menjadilah bahagian atasnya terlungkup ke bawah.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jibrail sentiasa mengharap hendak menjadi manusia kerana tujuh perkara :-

#Sembahyang lima waktu secara berjemaah

#Duduk bersama para ulamak

#Menziariahi orang sakit

#Menghantar jenazah

#Memberi air minum

#Mendamaikan di antara 2 orang yang bermusuh-musuhan

#Memuliakan jiran dan anak-anak yatimmaka bersungguh-sungguhlah kamu dalam perkara tersebut"

Wallahu'alam.

PENAFIAN: Koleksi cerita yang terdapat di dalam blog ini diambil daripada pelbagai sumber dan rujukan seperti buku , internet, akhbar dan majalah. Semoga ianya memberi manfaat dan teladan yang baik kepada semua pembaca. Komen daripada pembaca diperlukan untuk penambahbaikan blog ini. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerugian atau apa-apa kerosakan akibat daripada penggunaan bahan yang terdapat di dalam blog ini.

Malaikat Mikail

Malaikat Mikail a.s. adalah salah satu di antara pembesar malaikat yang empat. Ia dicipta oleh Allah s.w.t. selepas malaikat Israfil a.s. dengan selisih kira-kira lima ratus tahun. Dari kepala malaikat Mikail a.s. hingga kedua telapak kakinya berbulu za'faron. Jika seluruh air di lautan dan sungai di muka bumi ini disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah. Di atas setiap bulu-bulunya, terdapat sebanyak satu juta muka.

Setiap muka malaikat Mikail a.s. ini pula mempunyai satu juta mulut dan setiap mulut mempunyai satu juta lidah manakala setiap lidah-lidahnya boleh berbicara satu juta bahasa atau lisan. Setiap satu juta lisan tersebut adalah membaca istighfar pada Allah s.w.t. bagi orang-orang mukmin yang berdosa.

Setiap satu juta muka atau wajahnya mempunyai satu juta mata. Tiap-tiap matanya sentiasa menangis kerana memohon rahmat bagi orang-orang mukmin yang berdosa. Tiap-tiap matanya yang menangis itu mengeluarkan tujuh ribu titisan air mata dan setiap titisan air mata itu Allah s.w.t. ciptakan satu malaikat Karubiyyuun yang serupa dengan kejadian malaikat Mikail a.s. Setiap malaikat-malaikat ini ditugaskan untuk bertasbih pada Allah s.w.t. sehingga hari kiamat.

Di samping bertasbih, para-malaikat Karubiyyuun ini juga berperanan sebagai pembantu bagi malaikat Mikail a.s. dalam menjalankan tugas menyelia angin, membahagikan rezeki pada manusia, tumbuh-tumbuhan juga haiwan-haiwan dan lain-lain di muka bumi ini. Dikatakan setiap satu makhluk yang memerlukan rezeki untuk hidup di dunia ini akan diselia rezekinya oleh satu malaikat Karubiyyuun

Imam Ahmad rah. dengan sanadnya, dari Anas bin Malik r.a., ketika Rasulullah s.a.w. Mikraj ke langit baginda ada bertanya pada malaikat Jibrail a.s.:"Mengapa aku tidak pernah nampak malaikat Mikail tertawa?" Malaikat Jibrail a.s. menjawab: "Malaikat Mikail tidak pernah tertawa semenjak neraka diciptakan"

PENAFIAN: Koleksi cerita yang terdapat di dalam blog ini diambil daripada pelbagai sumber dan rujukan seperti buku , internet, akhbar dan majalah. Semoga ianya memberi manfaat dan teladan yang baik kepada semua pembaca. Komen daripada pembaca diperlukan untuk penambahbaikan blog ini. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerugian atau apa-apa kerosakan akibat daripada penggunaan bahan yang terdapat di dalam blog ini.

Kisah Malaikat Israfil

Malaikat Israfil adalah salah satu di antara empat malaikat yang paling mulia dan bersaiz besar di sisi Allah SWT Ia ditugaskan untuk meniup sebanyak tiga kali tiupan sangkakala pada hari kiamat. Seperti malaikat-malaikat yang lain ia diperbuat dari Nur. Ia berbulu dari kepala hingga kedua telapak kakinya dan mempunyai banyak mulut dan lidah. Jika seluruh air di lautan dan sungai di dunia disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitik pun akan jatuh melimpah.

Jumlah sayap malaikat Israfil itu ada empat. Sayapnya yang pertama panjangnya sampai ke barat, sayapnya yang kedua sampai ke timur, yang ketiga boleh menutupi seluruh badannya dan yang keempat menutupi kepalanya. Ia mempunyai seribu tentera malaikat yang serupa dengan kejadiannya.At-Tabrani meriwayatkan dari Ibnu Abbas RA:"Sewaktu Rasulullah SAW bersama-sama dengan malaikat Jibrail tiba-tiba ufuk langit terpecah, maka menghadaplah satu lembaga malaikat tertunduk dan condong ke bumi. Berkata malaikat itu: "Hai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu agar memilih antara menjadi nabinya hamba atau jadi rajanya nabi". Adapun "rajanya nabi" mengerjakan apa yang diwajibkan oleh Allah SWT kepadanya dan tidak melakukan apa yang diharamkan oleh Allah SWT kepadanya. Ia menjalankan pemerintahan atau kerajaannya dan membelanjakan harta negara terhadap hal-hal yang dicintai dan diredhai oleh Allah SWT. Mereka menghindari dari sesuatu yang menimbulkan dosa. Nabi yang menjadi raja adalah seperti nabi Sulaiman AS, nabi Daud AS dan lain-lain. Adapun "nabinya hamba" tidak memberikan sesuatu kepada seseorang kecuali dengan perintah Allah SWT. Ia tidak memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya dan tidak menghalangi kepada sesiapa yang mengkehendakinya, dia hanya memberi dan menghalangi atas perintah Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: "Jibrail memberi isyarat kepadaku dengan tangannya agar merendah. Maka tahulah aku bahawa itu nasihat untukku, maka aku berkata, "hambanya nabi". Kemudian malaikat itu naik ke langit maka aku berkata, hai Jibrail, aku sungguh ingin bertanya hal ini kepadamu, tapi aku melihat halmu menyusahkan aku untuk mengemukakan pertanyaan itu. Siapakah itu wahai Jibrail? Jibrail menjawab, Itulah dia malaikat Israfil Allah menciptakannya pada hari kejadiannya di hadapannya dengan dua kakinya lurus bersaf, tidak pernah mengangkat hujungnya."Ia tertutup di dalam beberapa lapisan dinding. Disebutkan bahawa jarak di antara malaikat Israfil dengan Arasy dilapisi dengan tujuh dinding yang mana satu dinding adalah sejauh lima ratus tahun perjalanan dan jarak malaikat Israfil dengan malaikat Jibrail kira kira tujuh puloh dinding. Imam Ahmad RAH. meriwayatkan dari Abu Said RA, Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang malaikat peniup sangkakala, dengan sabdanya: "Disebelah kirinya ada malaikat Jibrail dan disebelah kanannya ada malaikat Mikail"Salah satu tiang Arasy berada di atas pundaknya. Menurut riwayat, Lauhil Mahfuzh itu bergantungan di bawah Arasy dan malaikat Israfil berada di hadapan Lauhil Mahfuzh tersebut.

Adapun apabila setiap keputusan Allah SWT tercatit di Lauhil Mahfuzh, maka terbukalah dinding-dinding yang menghalanginya dan malaikat Israfil pun melihatnya. Apabila ia adalah tugas malaikat Jibrail, maka malaikat Israfil akan memerintahkan malaikat Jibrail untuk melaksanakanya, begitu juga apabila untuk tugasan-tugasan malaikat Mikail dan malaikat Izrail, ia akan memerintah mereka untuk melaksanakannya.Malaikat Israfil sentiasa meletakkan terompet sangkakala di mulutnya. Disebutkan bahawa terompet malaikat Israfil itu bercabang empat. Satu cabang diarahkan ke barat, satu ke timur, satu ke bawah bumi dan satu diarah kan ke langit yang ke tujuh. Adapun lingkaran kepala terompet itu selebar langit dan bumi. Di dalamnya terdapat pintu-pintu sebanyak bilangan para arwah. Ada tujuh puluh rumah di dalamnya. Di antaranya rumah arwah para Nabi AS, arwah para manusia, para jin, syaitan, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda tentang terompet malaikat Israfil: "Terompet itu adalah sebuah tanduk raksaksa yang terdiri dari cahaya. Besar tiap lingkaran dalam tanduk itu selebar langit dan bumi. Terompet itu akan ditiup tiga kali. Tiupan pertama membuat makhluk takut, tiupan kedua membuat makhluk mati, tiupan ketiga untuk membangkitkan makhluk dari kubur".Warna malaikat Israfil adalah kuning tua, sedangkan sebab musabab wajahnya menjadi kuning adalah kerana getaran rasa takut kepada Allah SWT yang selalu meliputi malaikat Israfil Sabda Rasulullah SAW: "Bagaimana manusia boleh merasa senang sedangkan malaikat peniup sangkakala telah bersiap sedia meniupnya dan menundukkan keningnya serta memasang telinganya siap menunggu perintah".Wallahu'alam.

NABI LUT

Ketika Nabi Ibrahim meninggalkan Mesir, menuju Palestin, turut serta pula anak saudaranya, iaitu Nabi Lut. Tetapi tak lama kemudian, desakan penghidupan memaksa kedua dua Nabi ini berpisah. Nabi Lut lalu menetap di sebuah dusun yang bernama Sadum, di kawasan Palestin juga.

Adapun penduduk kampung itu luarbiasa nakal dan rosak perangainya. Mereka berlumba lumba mengerjakan kejahatan, segala rupa kejahatan: merompak, membunuh teman sendiri, menganiaya sesama manusia, sehingga tidak seorang pun orang dari tempat lain yang dapat lalu di situ, melainkan di rompak mereka.

Salah satu kebiasaan yang paling busuk yang menjadi adat dan kebiasaan hidup mereka, ialah bahawa suka mengerjakan pekerjaan yang hina, iaitu melepaskan syahwat terhadap orang lelaki, sedangkan terhadap perempuan tidak ada sedikitpun tertarik .

Bertentangan dengan tabii alam yang biasa, dimana kaum lelaki dengan segala kepandaian dan kekuatan merebutkan perempuan cantik untuk dijadikan isteri, tetapi mereka ini tidaklah tertarik sedikit juga hatinya terhadap kaum wanita yang bagaimanapun juga cantik dan moleknya, yang mereka rebutkan, sampai dengan menghabiskan harta dan menumpahkan darah, ialah orang orang lelaki sendiri lebih lagi pemuda pemuda yang gagah dan kacak, untuk di jadikan teman hidup dan pelepas hawa nafsu mereka.

Jika ada pemuda yang lalu di kampung mereka, pasti pemuda itu mereka goda dan jadi perebutan,  kadang kadang sampai dengan menumpahkan darah, antara satu sama yang lain.

Dapatlah digambarkan, bagaimana buruk dan celakanya nasib wanita di saat itu. Tidak ada orang suka kepada mereka, tidak ada yang menghiraukan. Mereka terpaksa mengerjakan hal hal yang tak layak pula dengan sesama wanita sendiri untuk sekadar menghilangkan nafsu berahi mereka sebagai wanita. Kerusakan masyarakat sungguh hebat dan merata di seluruh pelusuk dan lapisan.

Demikianlah hidup mereka puluhan tahun lamanya. Kejahatan itu bukan semakin berkurang, sebab tidak seorang juga di antara mereka yang mahu menurutkan nasihat orang lain. Bahkan kejahatan itu semakin menjadi jadi, sehingga keluar dari batas perikemanusiaan samasekali.

Terhadap kaum yang begitu, akhirnya Allah menurunkan perintah kepada Nabi Lut dengan perantaraan wahyuNya. Perintah untuk membimbing kaum yang sesat kepada menyembah Allah, menjauhi segala kejahatan, menghentikan semua kemungkaran yang sudah menjadi tabiat dan adat mereka itu.

Tetapi, semua ajaran dan peringatan Nabi Lut itu tidak dapat masuk dalam telinga dan hati mereka. Kejahatan mereka lakukan terus, bahkan semakin hebat dan hebat juga. Nabi Lut dengan tabah tak bosannya memberikan nasihat nasihat dan pengajaran kepada mereka, diingati dengan ancaman azab Allah. Tetapi semua itu mereka permudahkan malah mereka ejek saja.

Akhirnya Nabi Lut mendoa ke hadhrat Allah, minta agar kaumnya yang sesat itu ditunjukan jalan yang benar. Dan kalau sudah terang-terang tidak dapat ditunjuki dan di ajar samasekali lagi, Nabi Lut minta agar kepada mereka di turunkan ajaran yang tidak berupakan nasihat dan kata-kata saja, tetapi di turunkan  azab yang sensara dan ngerinya, agar dengan azab itu mereka insaf kembali atau musnah samasekali. Sebab tidak ada gunanya hidup mereka di muka bumi ini, selain dari menambah kerosakan dan kejahatan saja.

Doa Nabi Lut ini didengar dan dikabulkan Tuhan. Tuhan mengutus beberapa Malaikat untuk menurunkan seksa terhadap kaumnya Nabi Lut yang derhaka dan tak mahu ditunjuki itu. Malaikat itu mulanya turun dan singgah di rumah Nabi Ibrahim dengan berbentuk manusia. Mula Nabi Ibrahim mengira yang Malaikat itu manusia biasa yang bertamu ke rumahnya. Mereka di perlakukan Nabi Ibrahim sebagai tamu. Tetapi Malaikat-malaikat itu menerangkan yang bahawa mereka adalah Malaikat yang di utus Allah ke kampung Nabi Lut, untuk menurunkan seksa yang sehebat hebatnya terhadap mereka yang engkar itu.

Alangkah terperanjat Nabi Ibrahim mendengarkan seksa yang akan datang itu, dan meminta kepada Malaikat-malaikat itu untuk menunda datangnya seksa itu, dengan harapan mudah mudahan mereka kembali dari kejahatan mereka.

Tetapi dengan tegas di jawab oleh Malaikat-malaikat yang datang itu, bahawa kepada mereka sudah dikirim Nabi Lut untuk mengembalikan mereka dari kesesatannya. Sayang mereka tidak mendengar ajakan Nabi Lut itu, sehingga semua usaha dan daya sudah di kira cukup. Dan ditegaskan pula bahwa Nabi Lut serta orang-orang yang percaya akan terlepas dari seksa itu. Sedang isteri Nabi Lut sendiri pun akan turut pula merasakan seksa hebat itu, karena dia termasuk orang orang yang engkar dan tidak menurutkan kebenaran Nabi Lut.

Malaikat-malaikat itupun meninggalkan rumah Nabi Ibrahim, pergi menuju ke desa Sadum yang derhaka itu dengan berbentuk manusia yang masih muda belia dengan wajah yang cantik kacak  dan menarik. Di tengah jalan Malaikat-malaikat itu bertemu dengan seorang anak perempuan yang sedang mengambil air minum. Kepada anak perempuan itu, Malaikat-malaikat itu minta supaya diperlakukan sebagai tetamu di rumahnya. Anak perempuan itu menerangkan akan tabiat penduduk kampungnya sendiri yang penuh dengan kejahatan, lebih-lebih kalau melihat dan mengetahui akan lelaki yang berwajah cantik, pasti timbul perkosaan dan pencemaran dengan segala cara yang keji. Maka sebelum menerima permintaan tetamu yang terdiri dari dua orang pemuda yang cantik lagi kacak, anak perempuan ini minta izin lebih dahulu kepada tetamunya untuk memberitahukan dan bermusyawarah dengan bapanya.

Anak perempuan itupun pulang ke rumahnya memberitahukan kepada bapanya dengan berkata: Ya bapaku, di sana di pintu masuk ke kota ini, ada dua orang lelaki, yang belum pernah saya lihat di kampung kita ini sebaik dan secantik kedua mereka itu. Keduanya ingin bermalam di rumah kita. Tetapi saya takut kalau diketahui oleh penduduk kampung kita ini, beradanya mereka di tempat kita ini.

Bapa ini adalah Nabi Lut sendiri, sedang anak perempuan itu adalah anaknya Nabi Lut.

Alangkah terkejutnya Nabi Lut mendengar khabar ini. Setelah bertanyakan akan keadaan kedua orang itu, Nabi Lut memberikan nasihat kepada anaknya bagaimana cara caranya agar tetamu itu tidak sampai diketahui oleh penduduk kampungnya.

Pada mula Nabi Lut agak keberatan menerima kedua pemuda itu menjadi tetamu di rumahnya sendiri, takut kalau-kalau diketahui orang ramai dan pasti akan mendatangkan kecelakaan besar bagi tamu dan dirinya sendiri. Tetapi kerana rasa perikemanusiaan, dia tidak sampai hati untuk menolak tetamu yang ingin menumpang dan bermalam di rumahnya.

Akhirnya Nabi Lut dengan diam dan sembunyi agar jangan dilihat orang, ingin berjumpa sendiri dengan kedua pemuda yang bertamu itu.

Setelah bertemu, lalu Nabi Lut menasihatkan supaya kedua pemuda itu berhati hati sekali, jangan diketahui orang dan jangan sampai menumpang di rumah orang lain di desa itu, agar jangan diperkosa dan menjadi mangsa nafsu dan kemesuman mereka. Nabi Lut bersedia membawa mereka bermalam dan menjadi tetamu di rumahnya sendiri, tetapi harus berhati hari benar.

Dengan rasa khuatir dan waswas yang memuncak, tetamu itupun dibawanya pulang dengan diam dan sembunyi. Tetapi malang baginya, dalam pada itu isteri Nabi Lut sendiri, telah mengetahui akan kejadian ini dan telah menyiarkan kedatangan tetamu itu kepada penduduk kampungnya.

Alangkah terkejutnya Nabi Lut, setelah dia dan tetamu itu sampai di rumahnya sendiri, penduduk kampungnya sudah berkerumun mengepung rumahnya, ingin mendapatkan lelaki yang cantik yang menjadi tamu Nabi Lut itu untuk pelepas nafsu mereka sebagai yang diterangkan di atas tadi.

Tidak ada lain bagi Nabi Lut untuk menghindarkan kemesuman yang akan terjadi, selain memberi nasihat kepada mereka sekali lagi, agar mereka kembali ke jalan yang henar, meninggalkan pekerjaan yang keji dan mesum itu serta takut kepada seksaan Allah yang mungkin datang.

Semua nasihat Nabi Lut itu hanya melayang di udara, tidak satu pun yang dapat masuk dalam telinga dan otak mereka. Malah di saat Nabi Lut memberi nasihat itupun sebahagian mereka sudah bersiap untuk menyerbu merebutkan dua pemuda yang menjadi tetamu Nabi Lut itu. Melihat keadaan yang genting itu, Nabi Lut dengan segera menutup pintu rumahnya, serta menguncinya dari dalam, agar tidak seorang pun dari mereka itu yang dapat masuk ke dalamnya.

Kembali Nabi Lut menasihati mereka melalui sebuah jendela, agar mereka penduduk yang sesat itu kembali kepada isteri mereka masing masing, yang sudah diajarkan halal bagi mereka. Membuang adat yang kotor itu sejauh jauhnya, dan memperingatkan, bahawa kalau mereka tak menurutkan nasihatnya akan datang seksa Tuhan yang hebatnya.

Nasihat Nabi Lut ini mereka jawab dengan berkata: Hai Lut, kami tidak tertarik kepada anak anak perempuan engkau, kami tidak hendak dan tak ingin terhadap perempuan, engkau sudah tahu apa apa yang kami ingini itu.

Nafsu mereka sudah tiba di puncak matahari dan perasaan mereka sudah tertutup oleh nafsu yang memuncak itu, sehingga nasihat yang bagaimana juga pun hebatnya tidak akan terdengar lagi oleh telinga mereka, tidak akan diterima lagi oleh akal mereka. Mereka semakin mendesak memaksa masuk ke rumah Nabi Lut. Mereka masuk lantas menyerbu terhadap tetamu yang dua orang itu, berebutan sebagai binatang buas.

Melihat hal yang demikian itu, kedua orang tetamu itu, iaitu Malaikat malaikat yang diutus Tuhan itupun berkata kepada Nabi Lut: Hai Lut, janganlah khuatir benar, kami ini Malaikat yang diutus Allah untuk mengabulkan doa engkau dan melepaskan engkau dari bahaya besar ini, mereka tidak dapat berbuat apa apa terhadap engkau dan kami, mereka malah akan dapat dihancurkan. Barulah hilang ketakutan dan kekhuatiran Nabi Lut.

Dengan sekilip mata, Nabi Lut, anak perempuannya, dua Malaikat itu sendiri beserta orang- orang yang beriman dengan Lut, dapat meloloskan diri dari kepungan kaum derhaka itu. Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya diperintahkan Malaikat itu untuk meninggalkan desa yang keparat itu, dan tidak dibolehkan membawa isterinya sendiri, karena isterinya termasuk mereka yang akan menerima seksa. Seperginya Nabi Lut dan sahabat sahabatnya, maka turunlah seksa Tuhan atas desa dan penduduk desa itu. Mula mula sekali bergoncanglah bumi dengan sehebat hebatnya, sehingga runtuh segala gubuk dan gunung, segala gedung gedung dan rumah rumah. lalu turun hujan batu yang sehebat hebatnya. Sehingga dalam sekejap mata saja, datarlah kampung itu dan lenyaplah semua penduduk yang jahat, engkar dan derhaka itu.

Firman Allah: Kejadian itu adalah satu ayat Allah, tetapi banyak orang yang tidak percaya.

Sungguh hebat dan mengerikan sekali siksa Tuhan yang ditimpakan kepada kaum Lut, kerana kejahatan yang mereka lakukan adalah puncak segala kejahatan, iaitu yang dinamai kemesuman, bahkan puncak dari segala perbuatan mesum. Pembunuhan, perzinaan, perompakan semuanya itu adalah perbuatan mesum, perbuatan yang menjatuhkan darjat manusia. Tetapi melepaskan nafsu berahi (sexual) antara sesama lelaki atau sesama wanita, adalah lebih mesum dari semua kemesuman kemesuman yang tersebut di atas ini. Binatang pun tak pernah melakukan kemesuman semacam ini.

Bagaimanakah jadinya masyarakat manusia kalau kemesuman seperti itu bermaharajalela dan merata? Akibatnya ialah terhentinya keturunan, manusia akan lenyap dari permukaan bumi. Bumi akan kosong dari makhluk yang bernama manusia. Bumi akan didiami hanya oleh binatang binatang saja.

Ya, sampai demikianlah jahatnya manusia berakal kalau dibiarkan, kalau tak mahu menurutkan pimpinan Allah dengan perantaraan para Nabi dan RasulNya. Manusia akan kehilangan rasa malu, bila meninggalkan pimpinan Allah dan RasulNya. Tanpa perasaan malu, manusia akan menjadi lebib rendah daripada binatang yang tak punya akal.

Nabi Lut beserta kedua orang puterinya beserta orang orang yang beriman dengannya dihindarkan Allah dari seksa hebat itu, kerana mereka orang orang beiman. Tetapi isteri Nabi Lut turut musnah kerana dia termasuk golongan orang orang yang kafir itu.

Tetapi sayang, dalam Bible Perjanjian Lama, Kitab Kejadian 19, ayat 30 sampai 38, dicantumkan cerita yang sangat menodai akan kesucian Nabi Lut dan kedua orang puterinya. Tercantum disitu, bahawa kerana semua lelaki sudah musnah, sedang puteri itu menginginkan turunan yang baik, lalu kedua puteri itu bersepakat untuk memberikan minuman tuak yang memabukkan kepada Nabi Lut, agar Nabi Lut menjadi mabuk (hilang akal atau kesedarannya). Di saat Nabi Lut kehilangan kesedaran itu, lalu kedua puterinya itu mengajak bapanya sendiri iaitu Nabi Lut untuk bersetubuh (Nauzu Billah), agar mendapatkan keturunan dari bapanya sendiri.

Alangkah kotor dan jijiknya cerita yang demikian ini, tertulis dalam sebuah kitab yang mereka anggap suci. Nabi Muhammad di utus membawa Kitab Suci al-Quran di antara lain adalah untuk membersihkan nama dari setiap Nabi dan Rasul Allah, termasuk Nabi Lut dan kedua puterinya itu.

Firman Allah dalam al-Quran: Sesungguhnya Lut adalah seorang dari orang orang yang diutus. Ertinya salah seorang Rasul dari Rasul-rasul Allah yang suci dan murni. Tidaklah mungkin seorang Rasul Allah akan minum tuak yang haram dan terlarang, akan mabuk hilang akal dan kesedaran, apalagi akan berbuat mesum dengan puterinya sendiri. Sungguh satu tuduhan palsu yang sangat maksum. Umat Islam wajib membela nama dan kesucian Nabi.

Ikan yang Menelan Nabi Yunus Ketakutan

Kisah Isamiah sore dengan Kisah Qur'ani.
Kisah Nabi yang telah dimakan oleh seekor ikan, dimana ikan tersebut sangat ketakutan karena begitu kerasnya dia mendengar tasbih yang diucapkan oleh seorang kekasih Allah SWT.

Kisahnya.
Nabi Yunus as pernah mengalami putus as karena dakwahnya yang terus menerus bahkan bertahun-tahun itu ditolak oleh warga Ninawa. Ia akhirnya naik kapal laut dan dimakan seekor ikan yang bernama ikan Nun (mirip ikan Paus besar).

Di dalam perut ikan itu Nabi Yunus as bertobat.
Peristiwa tobatnya Nabi Yunus terjadi pada bulan Muharam atau tepatnya tanggal 10 Muharam.

Dalam menyampaikan dakwahnya, Nabi Yunus as membimbing kaumnya untuk berbuat kebaikan serta menakutinya dengan kedahsyatan api neraka. Namun, hidayah Allah SWT belum turun kepada kaumnya sehingga tak ada seorang pun penduduk Ninawa yang beriman melainkan hanya sedikit saja.

Nabi Yunus as mulai merasakan keputusasaan dari kaumnya.
Hatinya dipenuhi dengan kemarahan pada kaum Ninawa yang tidak beriman. Kemudian Nabi Yunus as memutuskan untuk keluar dari negeri tersebut.

Nabi Yunus as lantas pergi ke tepi laut.
Saat itulah beliau seakan-akan lupa bahwa tugas seorang Nabi adalah untuk berdakwah di jalan Allah SWT. Lalu Nabi Yunus as pun menaiki sebuah kapal. Ia tidak menyadari bahwa ia lari dari ketentuan Allah SWT menuju ketentuan Allah SWT yang lain.

Perahu pun berjalan dengan tenangnya pada siang hari.
Namun, pada malam harinya, kondisi alam tiba-tiba berubah menjadi kejam. Angin bertiup sangat kencang dan akhirnya ombak pun menghantam kapal dengan kerasnya.

Dalam keadaan serba panik tersebut, tiba-tiba saja ada seekor ikan besar (ikan Nun, mirip Paus) muncul ke permukaan sehingga seluruh penumpang ingin menceburkan diri ke laut.
"Lompatlah wahai musafir yang misterisu," teriak salah seorang penumpang kepada Nabi Yunus as.

Namun Nabi Yunus as tetap saja berdiri di tempatnya sembari menjaga keseimbangan agar tidak jatuh ke laut. Namun, karena tiupan angin yang makin kencang, beliaupun tak kuasa menahan hingga jatuh ke laut.

Di permukaan laut yang luas itu, tubuh Nabi Yunus as mengambang, lalu mendekatlah seekor ikan Nun raksasa yang melahap tubuh Nabi yunus as. Kemudian ikan itu kembali lagi ke dasar laut.

Ikan dan Tumbuhan ikut Bertasbih.
Nabi Yunus as sangat terkejut karena mendapati dirinya dalam perut sebuah ikan. Dalam keadaan itulah Nabi Yunus as bertobat. Beliau mengucap banyak kalimat tasbih kepada Allah SWT.
Beliau tak henti-hentinya menangis, tidak makan, tidak minum dan tidak bergerak.

Ikan-ikan dan tumbuh-tumbuhan yang hidup di dasar laut mendengar tasbih Nabi Yunus as, kemudian semua makhluk laut pun berkumpul di sekitar ikan Nun sambil mengucapkan tasbih seperti kalimat tasbih Nabi Yunus as ucapkan.

Tobat Nabi Yunus as diterima Allah SWT.
Ikan yang memakan Nabi Ynus as tersentak kaget karena begitu banyaknya ikan dan tumbuhan yang mengucapkan tasbih di dekatnya.
Ikan tersebut ketakutan, hingga dia baru sadar bahwa dirinya telah memakan seorang kekasih Allah SWT. Mendengar tasbih yang merdu itu, ikan Nun pun ikut-ikutan bertasbih.

Ikan Nun sangat ketakutan, namun dalam dirinya dia berkata,
"Mengapa saya harus takut, bukankah yang memerintahkan adalah Allah SWT?"
"Tapi yang aku telan adalah kekasih-Nya, bagaimana ini?"
Dalam keadaan bimbang, ikan Nun makin mengeraskan suara tasbihnya hingga dasar laut menjadi hiruk pikuk.

Kalimat Tasbih Nabi Yunus as adalah sebagai berikut:
"Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah Yang Maha Suci. Sesungguhnya saya termasuk orang yang menganiaya diri sendiri."

Allah SWT telah melihat ketulusan tobat Nabi Yunus as. Allah SWT menurunkan perintah kepada ikan Nun agar emngelurkan Nabi Ynus as ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah SWT.

Ikan Nun pun mentaati perintah Allah SWT.
Tubuh Nabi Ynus as kemudian dimuntahkan dan beliau terhempas ke daratan dalam keadaan kurus kering. Namun, atas izin Allah SWT, tubuh Nabi Yunus as bisa kembali sehat dan bugar.

Demikianlah kisah bertasbihnya Nabi Ynus as sehingga selamat dari ikan Paus.
Kisah ini ditegaskan dalam Al Qur'an Surat Ash-Shaaffat ayat 139-145.

وَإِنَّ يُونُسَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ  إِذْ أَبَقَ إِلَى الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنَ الْمُدْحَضِينَ فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ   فَلَوْلا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ  لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ  فَنَبَذْنَاهُ بِالْعَرَاءِ وَهُوَ سَقِيمٌ

Artinya:
139. Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul,
140. (ingatlah) ketika ia lari[1288], ke kapal yang penuh muatan,
141. kemudian ia ikut berundi[1289] lalu Dia Termasuk orang-orang yang kalah dalam undian.
142. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam Keadaan tercela[1290].
143. Maka kalau Sekiranya Dia tidak Termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah,
144. niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.
145. kemudian Kami lemparkan Dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam Keadaan sakit.

Keterangan:
[1288] Yang dimaksud dengan lari di sini ialah pergi meninggalkan kewajiban.
[1289] Undian itu diadakan karena muatan kapal itu sangat penuh. kalau tidak dikurangi mungkin akan tenggelam. oleh sebab itu diadakan undian. siapa yang kalah dalam undian itu dilemparkan kelaut. Yunus a.s. Termasuk orang-orang yang kalah dalam undian tersebut sehingga ia dilemparkan ke laut.
[1290] Sebab Yunus tercela ialah karena Dia lari meninggalkan kaumnya.

Jumaat, Disember 21, 2012

Jarak Umur Anak-Anak Nabi Adam Hingga Nuh as

Kisah Islami Teladan pada sore ini admin ingin sharing mengenai usia anak-anak Nabi Adam as hingga Nabi Nuh as.
Adalah Kitab Suci Taurat yang menjadi patokan umur-umur mereka. Taurat dibagi menjadi 3 macam, yaitu Taurat Ibrani, Samiri dan Yunani.

Namun ketiga kitab itu sepakat bahwa Nabi Nuh as berumur 600 tahun ketika terjadi banjir bandang. Di lain pihak, masih ada pertentangan di ketiga kitab tersebut, dimana masing-masing yakin bahwa kitab tauratnya lah yang benar.

Akankah ketiga Taurat tersebut Palsu?
Yang jelas, hanya Allah SWT sajalah yang paling Mengetahui umur-umur mereka semua.
Dan hanya Allah SWT sajalah yang Maha Mengetahui.

Umur
Teks Ibrani
Teks Samiri
Teks Yunani
Adam melahirkan Syits
130
130
230
Syits melahirkan Anusy
105
105
205
Anusy melahirkan Qinan
90
60
160
Qinan melahirkan Mahla'il
70
70
170
Mahla'il melahirkan Yarid
65
65
165
Yarid melahirkan Akhnukh
162
62
262
Akhnukh melahirkan Matusyalah
65
65
165
Matusyalah melahirkan Lamak
187
67
187
Lamak melahirkan Nuh
183
53
188
Umur Nuh ketika terjadi Banjir Besar
600
600
600
Total:
1656
1307
2262