Cari

Ahad, Disember 09, 2012

Kelebihan Nabi Adam

dari blog:
halaqah.net

Kelebihan Nabi Adam a.s. berbanding Iblis

Bismillah... Alhamdulillah... Selawat dan Salam buat Rasulillah s.a.w..

Di antara kelebihan zahir Nabi Adam a.s. berbanding Iblis ialah, Allah s.w.t. menjadikan Nabi Adam a.s. sebagai khalifah di muka bumi ini.

Adapun antara kelebihan yang tersembunyi di sebalik hakikat Nabi Adam a.s. ialah, baginda a.s. merupakan suatu jasad yang akan diletakkan roh dan nur Nabi Muhammad s.a.w. (kekasih teragung di sisi Allah s.w.t.) ke dalamnya. Oleh itu, Nabi Adam a.s. diciptakan untuk dijadikan sebab wujudnya Rasulullah s.a.w. dari nur ke alam basyariah, di dunia ini. Oleh itu, sebab yang membawa kemuliaan juga merupakan suatu yang mulia.

Di antara kelebihan batiniah Nabi Adam a.s., ialah hakikat Ubudiyah dalam diri Nabi Adam a.s. yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada baginda a.s..

Nabi Adam a.s. dikurniakan hakikat Ubudiyah yang tidak ada pada Iblis, walaupun pada zahirnya, Iblis lebih banyak beribadah kepada Allah s.w.t..

Takkala Adam a.s. diciptakan, Iblis merupakan makhluk yang paling kuat beribadah, sedangkan Nabi Adam a.s. pada ketika itu belum lagi pernah beribadah kepada Allah s.w.t. kerana baru diciptakan.

Oleh itu, takkala Iblis disuruh untuk sujud menghormati Nabi Adam a.s., ANA (sifat rasa diri sendiri bagus) meluak-luak di dalam hatinya, kerana membandingkan dirinya yang sudah lama beribadah kepada Allah s.w.t., dengan makhluk yang baru diciptakan, tanpa sebarang ibadah.

Apabila ANA dalam diri Iblis tercabar dengan Nabi Adam a.s., dia lantas lupa bahawa yang menyuruhnya sujud kepada Adam a.s. ialah Tuhan yang Maha Mengetahui segala sesuatu, dan Tuhan yang Maha Berkuasa, walaupun sebelum itu, dia telah mengenali sifat-sifat Allah s.w.t. tersebut.

Namun, apabila yang dipandangnya ialah perintah Allah s.w.t. tersebut, yang memaksa dia menghina dirinya, maka dia tidak nampak lagi kebesaran Allah s.w.t. yang memerintahnya melakukan sedemikian, dek sibuk membela kebesaran ANA (diri sendiri).

Maka, terpacullah dari mulutnya perkataan "ANA" dari dirinya lantas membandingkan ANA dengan Adam a.s. takkala mengatakan "ANA KHAIRUN MINHU" (saya lebih baik dari dia).

Namun, Iblis menyedari, kata-katanya menjatuhkan dirinya di hadapan Allah s.w.t., takkala mengutamakan ANA (dirinya) dari Allah s.w.t.. Ia secara tidak langsung menjadikan ANA sebagai tuhan selain Allah s.w.t.. Iblis lantas segera untuk menutup kesalahannya dengan perkataan: "KAMU (ALLAH) ciptakan aku dari api dan kamu ciptakan dia (Adam a.s.) dari tanah". Ini ialah satu pendustaan Iblis yang jelas, kerana ucapannya tidaklah sama seperti apa yang disembunyikan di dalam dirinya.

Kalaulah dia sememangnya bermaksud, untuk tidak sujud kepada Adam a.s., kerana dia diciptakan dari api dan Adam a.s. diciptakan dari tanah, apa masalahnya sang api sujud menghormati sang tanah? Dari perkataannya sendiri "KAMU menciptakan aku... " telah jelas bahawa, Allah s.w.t.lah yang mencipta sesiapa yang dikehendaki sebagaimana yang dikehendaki-Nya.

Jadi, kalaulah dia benar-benar faham apa yang dikatakan tentang "Kamu ciptakanku dari api dan Kamu ciptakan dia dari tanah", maka, tidak akan menghalang dia untuk sujud kepada Adam a.s. takkala diperintah oleh "KAMU" (Allah s.w.t.) yang menciptakan ku (iblis) dan dia (Adam a.s.). Ini kerana, kalaulah iblis hayati bahawa dia diciptakan oleh Allah s.w.t. dan Adam juga diciptakan oleh Allah s.w.t., jadi tidak boleh mengatakan "SAYA lebih BAIK dari DIA" dari sudut penciptaan kerana kedua-duanya dari Allah s.w.t..

Tetapi, apa yang tersembunyi dalam hatinya bukanlah dari sudut perbezaan ciptaan antaranya dengan Adam a.s. yang diciptakan dari tanah, kerana iblis juga faham, tanah lebih banyak manfaat dari api. Apa yang tersimpan dalam hatinya ialah "ANA", tuhan selain Allah s.w.t., takkala merasa dirinyalah yang taat kepada Allah s.w.t. dan dirinyalah yang bersusah-payah beribadah kepada Allah s.w.t., sehingga lupa bahawa, ianya (ketaatan dan usahanya) dari Allah s.w.t., padahal dia mengetahuinya.

Apabila hijab diri sendiri menebal, maka yang wujud di pandangannya hanyalah ANA (diri sendiri), bukan DIA (Allah s.w.t.). Maka, Allah s.w.t. memurkai Iblis kerana dia menyembah "ANA" (diri sendiri) takkala merasa diri sendiri layak dikatakan "BAIK" sedangkan sifat "BAIK" itu dari Allah s.w.t. dan hanya Allah s.w.t.lah yang boleh mengaku baik, dan hamba-Nya perlu merendah diri di hadapan Allah s.w.t. yang Maha Baik dengan menghina diri sendiri.

Jadi, kegagalan Iblis menghina diri dengan sujud kepada Adam a.s. kerana tidak mahu merendah diri di hadapan Allah s.w.t. takkala hijab ANAnya menebal, menyebabkan dia (Iblis) sendiri akhirnya mengetahui hakikat bahawa, Adam a.slah yang lebih baik daripadanya, kerana dirinya gagal merendahkan diri di hadapan Allah s.w.t..

Adapun hakikat Adam a.s., seorang Nabi Allah s.w.t., maka sememangnya baginda a.s. lebih baik dari Iblis. Takkala Iblis berusaha untuk menjatuhkan Adam a.s. sepertinya juga, dengan maksiat, Allah s.w.t. mengizinkannya dengan meletakkan syariat kepada Nabi Adam a.s. di dalam syurga tersebut, takkala melarang Adam a.s. dari mendekati dan memakan buah khuldi, bagi memberi ruang Iblis menguji hakikat Nabi Adam a.s. Kalau tiada larangan dari Allah s.w.t., dari mana datang maksiat untuk Nabi Adam a.s. di dalam syurga, kerana maksiat berkaitan dengan melanggar arahan. Kalau tiada perlanggaran terhadap arahan, maka tiada maksiat.

Maka, setelah Allah s.w.t. memberi satu arahan mudah kepada Nabi Adam a.s. supaya tidak memakan buah khuldi, Iblis berusaha untuk menjatuhkan Adam a.s. ke lembah maksiat supaya Adam a.s. sama sepertinya, kerana pada ketika itu, Adam a.s. lebih baik darinya kerana tidak pernah melakukan maksiat.

Iblis a.s. menipu Adam a.s. dengan mengatakan: "Tuhan tidak benarkan kamu makan buah khuldi kerana tidak mahu kamu jadi malaikat ataupun supaya tidak mahu kamu kekal dalam syurga".

Jadi, Nabi Adam a.s. terfikir, untuk sentiasa bersama dengan Tuhannya, dan tempat yang paling hampir dengan Tuhannya ialah di syurga. Dia juga terfikir, untuk menghampiri Allah s.w.t. dengan menjadi malaikat kerana, pada pendapatnya, malaikat lebih hampir kepada Allah s.w.t. berbandingnya.

Maka, hakikat Adam a.s. memakan buah khuldi ialah untuk menghampiri Allah s.w.t., walaupun pada hakikatnya, cara menghampiri Allah s.w.t. ialah dengan mengikut suruhan Allah s.w.t.

Jadi, salah faham Adam a.s. tentang mahfum taqarrub (menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.) menyebabkan baginda a.s. salah memilih cara taqarrub dengan memakan buah khuldi tersebut, dengan tujuan untuk menjadi malaikat supaya dapat lebih hampir kepada Allah s.w.t., dan
kekal dalam syurga supaya dapat sentiasa menghampiri Allah s.w.t. .

Jadi, di sebalik maksiat Adam a.s., ialah UBUDIYAH (pengabdian diri kepada Allah s.w.t.) takkala niatnya ialah untuk menghampiri Allah s.w.t., sedangkan di sebalik maksiat Iblis ialah, RUBUBIYAH ANANIYAH (menjadikan diri sendiri tuhan di samping Allah s.w.t.) dengan merasakan diri sendiri baik.

Jelaslah bahawa, kelebihan utama antara Nabi Adam a.s. dengan Iblis ialah, pada penghayatan makna UBUDIYAH dalam diri, takkala Nabi Adam a.s. mengakuinya sedangkan Iblis menjadikan RUBUBIYAH dalam dirinya.

Lihatlah secara jelas, bagaimana Adam a.s. takkala diturunkan ke dunia untuk membayar harga maksiatnya, Adam a.s. sentiasa menyalahkan diri sendiri dan menyesal serta mengakui bahawa: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menzalimi diri kami, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami, maka kami akan termasuk di kalangan orang-orang yang rugi".

Dalam doa Adam a.s. ini, ada makna Ubudiyah yang tinggi iaitu:

Menisbahkan kezaliman kepada diri sendiri dan kepada diri sendiri

Menegaskan bahawa, dari Allah s.w.t.lah, datangnya segala kebaikan takkala mengatakan "kalau Engkau tidak mengampuni kami, kami temasuk di kalangan mereka yang rugi" Dalam doa ini mengandungi makna, kebergantungan seseorang hamba kepada Tuhannya dan tanpa cinta Tuhannya, maka rugilah seseorang hamba.

Sedangkan Iblis pula, takkala melakukan maksiat dengan tidak sujud kepada Adam a.s., tidak mengakui kesalahan, bahkan bersumpah untuk menyesatkan orang lain sama. Lihatlah betapa takabburnya Iblis dan betapa rendah dirinya Adam a.s. di hadrah Ilahi s.w.t..

Maka, siapakah sebenarnya yang lebih mulia di sisi Allah s.w.t.?

Maka fahamilah...

Wallahu a'lam...



2. Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur dengan segala penciptaanNya....

Apabila Tuhan membukakan bagimu suatu jalan untuk makrifat (mengenal padaNya), maka jangan menghiraukan soal amalmu yang masih sedikit, sebab Tuhan tidak membukakan bagimu, melainkan Ia akan memperkenalkan kepadamu.Tidakkah kau ketahui bahawa makrifat itu semata-mata pemberian KurniaNya kepadamu, sedangkan amal perbuatanmu hanya hadiah dpdmu, maka di manakah letaknya perbandingannya antara hadiahmu dgn Kurniaan Allah kepadamu ??.

Kelebihan dan keistimewaan ciptaan Allah jadikan Nabi Adam a.s. dari dzahir dan batin memang teramat menakjubkan..tiada siapapun di atas muka bumi ini boleh pertikaikan KekuasaanNya,..betapa hebat Engkau Ya Allah Dzat Maha Mencipta segala sesuatu..

Melewati sirah Nabi Adam a.s., iblis dan yang berkenaan itu juga boleh di jadikan sebagai perumpamaan serta hikmahnya buat kita, kerana dengan terjadinya peristiwa perlanggaraan perintah Allah, Nabi Adam dan Hawa di perintah turun ke bumi.. andai tidak terjadi peristiwa itu, di manakah kita sekarang ini....?? Banyak persoalan di sini yg tidak terjawab..begitulah kerana dengan kemiskinan dan kekerdilan tahap Ilmu pemikiran kita..melainkan KeAgungan Dzat yang Maha Mengetahui segala-galanya...

Firman Allah swt " Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: " Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan ? ". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang di sesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu ( pula ) banyak orang yang di beri-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang di sesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik ". ( QS Al Baqarah :26 )..

Demikian semuga Allah swt menuntun hati kita.. dan mudahan kita diberi petunjuk dan hidayahNya atas ilmu-ilmuNya yang tersembunyi maknanya.. Amin..wallahu'alam.

3.Assalamualaikum..

Disini jelas bahawa nabi Adam as tidak berdosa..ada dikalangan rakan2 ana yang masih keliru dengan perkara ini kerana di sekolah keadaan sebenar seperti kupasan di atas tidak dihurai dengan lengkap..Ada yang berpendapat nabi adam berdosa yakni dengan kata lain mengkhianati janjinya pada Allah..sedangkan kita sedia tahu sifat wajib bagi nabi adalan amanah,yakni tidak akan mungkir atau khianat pada janjinya.Jika tanggappan sebegitu tidak diperbetul ditakuti gugur satu aqidah kita..nauzubillah

semoga Allah sentiasa beri petunjuk dan hidayahNya..
amin..

4.  Insan itu meliputi...

ADAM itu di kurniakan Aqal dan pemikiran...
yang apa di sampaikan oleh firmanNya...

lihat kembali.. mengapa ALLAH mahukan ADAM ke bumi -

Al- Baqarah- ayat 30 -

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".


bagaimana pun malaikat sudah ketahui yang menusia itu sentiasa menumpah kan darah mereka sendiri - dan ALLAH mengatakan ALLAH mengetahui segalaNya...

lihat kelebihan ADAM-

ayat Al-baqarah ayat 31-33

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".

lihat bagaimana ADAM sendiri terperdaya dengan hasutan Iblis dan Nafsu menguasai mereka berdua di taman syurga..

Al-Baqarah ayat 35-

Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".

di sini AMANAH yang di sampai kan ALLAH kepada mereka berdua itu salah satu panduan kehidupan supaya mentaati atas suruhan tuhan Nya ( ALLAH )-

di adakan jalan cerita supaya manusia itu sendiri BERFIKIR -

mengapa ALLAH tidak mengatakan sepertimana ALLAH menjadikan malaikat - mengapa ADAM di jadikan bergitu rapi tak teratur dan sebaik kejadianNya...

lihat bagaimana mereka berdua di turunkan ker bumi dengan cara amat terPUJI -

Al-Hijr ayat 36-41

Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)". Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. "Hingga ke hari - masa yang termaklum". Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

ayat ke 42 - mengatakan dengan pilihan sendiri

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

Al-Israa' ayat ke 63-65


Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

dari sudut bisikan hasutan itu sendiri sudah berada di dalam DIRI ADAM...

عن أبي هريرة رضي الله عنه،عن النبي صلى الله عليه وسلم : ولولا حواء لم تخن أنثى زوجها.
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w.: “Dan kalaulah tidak kerana Hawa, perempuan tidak akan mengkhianati suaminya.”

Kata Hafiz Ibn Hajar: “Di dalam hadis ini terdapat isyarat bahawa peristiwa yang berlaku kerana Hawa memberi gambaran yang indah tentang pokok itu kepada Adam lalu berlakulah apa yang telah berlaku. Makna khianat Hawa ialah dia telah menerima bujukan Iblis lalu memujuk Adam pula. Oleh kerana Hawa ibu kepada sekalian wanita dan paling serupa dengan Hawa dari segi melahirkan anak, maka hampir tidak seorang wanitapun yang terselamat dari menderhaka kepada suaminya sama ada dengan ucapan atau perbuatan. (Fath al-Bari, jil. 6 hal. 515)

Al-A'raaf ayat ke 16 -

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

ayat ke 20 -

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)".

dan peringatan daripada ALLAH dalam firman Nya... ayat ke 27 - Al-A'raaf

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.

kalau di lihatkan kembali.. ALLAH mahukan khalifah di MUKA BUMI -
jika di perhatikan setelah Iblis di laknat ALLAH dan janji janji Iblis untuk sesatkan iblis di muka bumi -

jikalau ADAM dan HAWA tidak di turunkan bagaimana dengan janji janji ALLAH kepada IBLIS di berikan tempoh sehingga tempoh yang ALLAH tentukan..

sekiranNya ADAM mengetahui benda benda yang malaikat sendiri tidak mengetahui.. bagaimana dengan bisikan Iblis .. mengapa ALLAH sendiri tidak mengadakan dengan bisikan supaya di tegah mendekati pohon itu -

ayat ke 22- Al-A'raaf

Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"

di situ pun sudah ada pengajaran Nya.. dan ada berbeda pendapat mengatakan ADAM dan HAWA di turunkan kebumi sebab derhaka kepada ALLAH danada mengatakan ADAM dan HAWA di turunkan kerana ALLAH mahukan Manusia itu sebagai Khalifah di muka BUMI - ( TERPUJI DI SISI ALLAH )- dan pelbagai lagi pandapat mengatakan....

sebagai manusia kita sebaikNya mengambil iktibar dan ada banyak lagi penduan yang ALLAH adakan di dalam Al-Quran serta sunnah sunnah Nya...

penjalanan Nabi dan rasul terdahulu sehingga kepada Baginda - Muhammad saw..

dan pendapat yang berbeza mengenai bisikan itu sendiri -

Dalam ayat ini jelas bahawa syaitan yang menghasut Adam dan Hawa bukan syaitan menghasut Hawa kemudian Hawa menghasut Adam pula. Dalam surah Taha, ayat 120, penafian bahawa Hawa tidak memujuk Adam lebih jelas lagi:

فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آَدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى

Al-Sabuni menukilkan daripada Tafsir al-Tabari dan Tafsir Ibn Kathir bahawa Ibn Abbas berkata: “Syaitan memperdayakan mereka berdua dengan sumpah. Adam menyangka bahawa tidak seorangpun berani berdusta dalam bersumpah dengan nama Allah lalu syaitan memperdayakan mereka berdua dengan sumpahnya.” (Safwah al-Tafasir, jil. 1 hal. 439)

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w: “Dan kalaulah tidak kerana Hawa, perempuan tidak akan merindui suaminya.”

kelebihan manusia yang berasal dari ADAM - iaitu berpandukan AL-Quran dan sunnah ..
Insyallah itu lah kelebihan manusia sehingga dapat mengawal hal NAFSU bisikan Iblis...

Insyallah ALLAH sendiri yang mengadakan jika lalai dengan Ajaran AL-Quran... dalam firmanNya..

Az-Zukhruf ayat ke 36 -

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

semuga kita adalah Khalifah yang ALLAH kurnia darjat sesetengah bagi manusia itu sendiri - di dalam firmanNya..

Al An'aam ayat ke 165 -

Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

semuga ALLAH adakan kebaikkan dalam diri kalian semua...



5. Ketinggian Nabi Adam di riwayatkan sebagai 60 hasta.

Tinggi nabi Adam 27.7 meter

nabi Adam memiliki badan yg begitu tinggi, soal ini pernah di jelaskan oleh rasullulah.
kata rassullulah “Allah menciptakan Adam dengan tinggi enam puluh hasta“(HR.Bukhari), hadis ini juga ditemukan dalam riwayat imam muslim dan imam ahmad, namun dalam sanad yg berbeza.
 jika diperinci, satu hasta itu kira2 sama dengan 18 inchi, 60 hasta bersamaan 18 in x 60 hasta =  1080inci. Dengan mengambil kira 38in = 1 metre,  jadi 1080 inci di tukar kepada metrik bersamaan 27.6923 meter.

27.7 meter


 

Tiada ulasan: